Monday, July 18, 2011

Apa Lagu Sentimental Yang Best?

Salam semua, dah berminggu aku cuba cari lagu sentimental yang takde lagi kat blog atau website lain. Ape lagi ye lagu yang ada dalam album-album artis Malaysia dan Singapore yang belum diketengahkan lagi? Lagu dari Indonesia tak usah cakap lah ... banyak website dari sana yang dah ada kod gitar untuk artis-artis diorang. Aku try cari lagu-lagu dari drama-drama Malaysia .. tapi memandangkan aku peminat lagu Korea, so tak berapa tahu drama yang ada. Ada suggestion? Mohon letak di ruangan komen .. nanti kalau aku mampu, aku akan cuba carikan kod gitar dengan gitar aku yang dah berhabuk tu .. hehehe

Anyway, sementara menunggu suggestion dari korang ataupun mungkin aku terjumpa nanti .. bagi orang-orang lama, marilah mengimbau kisah silam dengan lagu favorite Kickers ni .. tahun 90an dulu ... berpuluh-puluh kali dah aku replay lagu ni, credit to Qazakyak at Youtube ... yeahh



Thanks guys for the help (^_^)"

Saturday, July 2, 2011

Yuni Shara - Sepi

Salam semua ... lama dah rasanya tak update apa2 kat sini. Maklumlah, busy dengan undergraduate final project tahun lepas dan sekarang sambung master la plak. Last sekali update kod gitar masa bulan Disember 2009 dan sekarang dah hampir 1 tahun 7 bulan. Kemudian, bila ada masa terluang .. banyak pulak dihabiskan dengan game mafia wars kat facebook tu dan buat sijil professional (Microsoft) .. so, tak berkesempatan langsung nak pegang gitar ni. Sebaik la semua IPTA paksa budak2 post-grad ni semua cuti 2-3 bulan, so baru la pagi ni terasa nak pegang gitar balik.

Masa Disember 2010, ada la jugak main2 sambil cari kod gitar nih ... tapi asyik fail je nak cari certain part dalam kod gitar Yuni Shara dalam movie Sepi ni. Tu yang terus give up lepas 60 percent complete sampai ke hari ni. Berpuluh kali aku dengar lagu kat Youtube dan cuba matchkan, tapi skill dah tumpul da.. hehehe.

Memandangkan dah berkarat dah skill untuk cari kod dan main gitar, minta maaf la ye kalu ada kesilapan. Susunan kod pun tak berapa betul. Plucking atau strumming ikut pendengaran masing-masing. Kalau jumpa kod yang salah especially bahagian korus dan "Aku Tetap Diam", sila bantu dengan memberi kod yang betul di bahagian komen ... hampir lebam jari aku cari pagi nih .. kekekke.

So, enjoy the chords. (^_^)" . Ada bunyi sudah ... :P~

Video : Credit To ical84 At YouTube



Dm          Gm
Sepi Hati Terjadi Lagi

C                           F
Mungkin Sampai Mati aku Sepi
Gm                          A
Biar Senyum Hadir Di Hariku
      Dm             C       Gm
Namun ini Hanya Ada Di Bibir

Gm       A
Di Bibir Saja
 

Dm                Gm
aku ini Yang Bisa Mengerti
C                                     F
Walaupun Yang Lain Mau Mengerti

Gm                       A
Namun Berat Beban Hidupku
        Dm   C

Biarkan Saja
Gm                                  A
Biar Saja Hanya ku Yang Tahu



Korus:

Gm    
Sejarah Cinta dan Hidupku
C                F
Penuh Duri dan Banyak Ranjau
Gm                     A
Butuh Kesabaran Yang Penuh
                Dm
Untuk Tetap ku Berdiri Oh
Gm
Ada Saatnya ku Bicara
C                F
Bila Hatiku Telah Bulat
Gm                   A
Sepanjang ku Bisa Atasi Semua
               Dm    
aku Tetap Diam

A                     Gm
Woo .. Sejarah Cinta dan Hidupku
C      F                                  Dm
Penuh Duri dan Banyak Ranjau
Gm                 A
Butuh Kesabaran Yang Penuh
            Dm
Untuk Tetap ku Berdiri Oh
Gm
Ada Saatnya ku Bicara
C                F
Bila Hatiku Telah Bulat
Fm                   A
Sepanjang ku Bisa Atasi Semua

Dm
aku Tetap Diam

Wednesday, December 23, 2009

KPTM - Politeknik Malaysia

Fuhh ... baru habis hampir RM 100 tukar tali untuk 2 gitar dengan polish sekali .. isk isk isk .. bangkrup . Satu gitar kapok (tali murah) dan gitar elektrik-akustik satu lagi dengan tali addrio anti karat .. baru la sedap nak main semula, tali x keras dan bunyi pun bertambah best ... kekekee... Anyway, di pagi yang ceria ni, aku cuba cari2 lagu yang sesuai tapi tak jumpa2 plak lagu yang sedap dan tak pernah publish lagi dalam website gitar lain .. so, sambil mencari2 tu, tetiba teringat pulak masa orientasi kat Politeknik dulu (sesi 2003~2006) di mana kena hafal lagu "Politeknik Malaysia" dan nyanyi beramai-ramai sambil goyang ke kanan dan ke kiri... godek punya godek dalam youtube.. x jumpa plak lagu asal "Politeknik Malaysia" versi sayu .. yang ada pun versi agak rancak ... rembat je la . Aku tak pasti sesetengah part tu sama ada guna kod B atau B7 sebab telinga aku kurang pendengaran sikit 2-3 hari ni (selsema) dan kod ni pun kod yang aku cari awal2 masa orientasi dulu (bulan Jun 2003 .. :P~). Sebaik la kod yang agak mudah nak buat balik .. Kira malas sikit la kali ni ... tekan2 ..ada bunyi tu kira ok la .. hehehe ... anyway, kepada dak2 Poli ... mari kembali ke masa silam anda .. plucking untuk sesi yang lebih sentimental dan sorry tak jumpa video lagu yang asal (mendayu2) .. hahaha :P~

Video : Credit To ijamsamad At YouTube



Intro :
Em Am D B7 Em
Em Am D B7 Em


Em Am
Politeknik adalah warisan kita
D G
Membekal tenaga bidang teknikal
C Am
Bersama membina kemajuan negara
C B7
Malaysiaku tercinta

Em Am
Akhlak mulia asas jaya
D G
Itulah amalan hidup kita
C Am
Di mana sahaja Politeknik berada
B Em
Harapan tetap sama

Korus :

Em D G
Politeknik ku sanjung jasa-jasamu
D G
Mencipta lembaran sejarah
C Am
Harapan impian kan menjadi nyata
B7
Tekad, takwa, usaha
B7 B
Penentu arah


Em Am
Maju Politeknik ayuh maju
D G
Semangatmu merestui perjuanganku
C Am
Teknologi teras pembangunan negara
B Em
Politeknik Malaysia


C Am B Em

Ulang Korus

Em Am
Maju Politeknik ayuh maju
D G
Semangatmu merestui perjuanganku
C Am
Teknologi teras pembangunan negara
B7 Em
Politeknik Malaysia

C Am
Teknologi teras pembangunan negara
B7 Em
Politeknik Malaysia

Monday, December 14, 2009

Aiman - Cinta Terakhir

Aku tertarik dengan lagu Ressa Herlambang - Menyesal yang merupakan lagu tema sinetron Tasbih Cinta (Indonesia). Lirik yang agak sedih dan bermakna bagi aku dan lagu sentimental yang perlahan dan mudah dicari ... :P~ . Tapi seperti yang kita tahu, pihak sana adalah lebih pantas dalam menghasilkan semula kod gitar artis dorang. So, bila dah separuh buat dengan gitar aku yang penuh dengan habuk tu, aku pun cuba la check website dorang sama ada dah ada atau belum. Godek2 .. dah ada rupanya .. terus la aku cancel upload sebab 90% kod adalah sama .. karang kata tiru pulak dah jadi satu hal. Kemudian, aku cuba ingat2 balik apa tajuk lagu yang agak banyak drama Melayu mainkan dan terjumpa la lagu ni dalam Youtube. So, please enjoy the chords .. kalu salah tolong maafkan dan kasilah tahu di mana silapnya, lama tak main ni . Masa yang diambil bermula dari kul 3 pagi sampai kul 5.30 pagi .. hehehe

Video: Credit To skylines86 At YouTube


Intro:

A# F# G# Fm A#m D#m G#


C# G#
Kau cinta pertamaku
A#m Fm
Kau cinta terakhirku
F# G#
Tiada apa yang bisa
C# G#
Menafikan kasih kita

C# G#
Kau ayu di mataku
A#m Fm
Satu antara seribu
F# G#
Tiada tara di dunia


Korus

(1)
F# G#
Mungkin kan terputus di tengah jalan
Fm A#m
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
D#m G#
Usah ragu dengan takdir


C# G#
Kau ayu di mataku
A#m Fm
Satu antara seribu
F# G#
Tiada tara di dunia

Ulang korus (1)

F# G#
Mungkin kita kan berbeza haluan
Fm A#m
Berakhirnya cerita percintaan
D#m G# A#m
Segalanya ketentuan Tuhan


Ulang korus (1)


F# G#
Mungkin kita kan berbeza haluan
Fm A#m
Berakhirnya cerita percintaan
D#m G# A#
Segalanya ... segalanya ahahaaaa


G# A#
Mungkin kan terputus di tengah jalan
Gm Cm
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Fm A#
Usah ragu dengan takdir

G# A#
Mungkin kita kan berbeza haluan
Gm Cm
Berakhirnya cerita percintaan
Fm A# Cm
Segalanya ketentuan Tuhan


Cm G# A# … Gm Cm

Fm A# D#
Segalanya ketentuan Tuhan

Sunday, December 13, 2009

Saje je nak update blog .. :P~

Salam semua ... akhirnya ada gak peluang update blog ni. Maklumlah lama tak main gitar semenjak masuk semester 5 ni, ditambah lagi dengan cerita-cerita dan OST Korea yang makin melambak untuk didownload. Kemudian ada plak game online Mafia Wars dari aplikasi facebook, busy jugak la. Ni pun stop kejap sebab game tu banyak masalah bug dan account kena "roll back" seminggu sebelumnya, kecewa gila :( . Jadi, bila tengah2 boring ni sambil menahan diri tak main game tu .. teringat pulak kat gitar yang dah berhabuk tu dan blog ni jugak.

Berbalik kepada website gitar geocities yang aku telah buat sejak tahun 1999 dulu, nampaknya pihak Yahoo betul2 mengotakan janji dengan menutup khidmat geocities free ni bulan lepas . Sebaik la aku sempat salin semua kod gitar dan beberapa kod html, kalu tak .. boleh tangkap nangis beb . Bukan mudah nak buat satu2, cari lirik, cari lagu, dan kemudian pegang gitar sambil kena cari tone yang sesuai ...

Anyway, walaupun dah salin kod2 tersebut , sekarang cuma tak tahu nak letak kat hosting free mana. Maklumlah 10 tahun aku tak pernah ambik tahu free hosting lain . (^_^)insyaallah kalu ada masa nanti aku akan cuba letak balik kod2 gitar ni .. so, aku berharap la korang boleh terima kedudukan kod gitar kat blog ni yang tak berapa tepat. Link2 yang aku letak kat bawah setiap kod gitar dengan url Geocities tu dah terpakai lagi la kiranya ..

Jadi, kira pandai-pandai la budget ye abang/kakak/adik/makcik/pakcik/ dan sebagainya bila nak tekan kat gitar nanti ye ... hehehe

Itu saje buat kali ni .. terima kasih kerana melawat blog ni sekali lagi :)

Saturday, July 11, 2009

Geocities Akan Ditutup

Salam, nampaknya setelah 10 tahun laman web peribadi Geocities yang aku gunakan untuk memaparkan kod gitar yang lebih tersusun akan ditutup pada Oktober 2009 ini. Untuk itu, insyaallah aku akan cuba carikan alternatif lain. Itupun kalau aku mempunyai masa.

Buat kepada pihak-pihak lain (Website/blogger) yang menggunakan kod gitar yang aku buat sendiri, walaupun di tahap amatur dan tak berapa tepat (bagi sesetengah orang yang pakar), sekurang-kurangnya kasi lah kredit kat aku ke .. terima kasih ke .. jangan lah copy paste dan terus kata korang yang buat. Kalau ye pun, jarak-jarakkan lah kod tu ke, letak koma ke, huruf besar ke, letak titik ke .. ini 100% punya la sama dengan apa yang aku paparkan (penggunaan struktur ayat) dan kemudian tulis korang dapat ilhamlah, kawan kasilah, guru kasilah dan sebagainya.

Anyway, bukan aku nak simpan sorang-sorang dan cuma untuk dipaparkan, sharing is caring, mungkin kod-kod ni lebih mudah diakses di laman web korang, cuma mengharapkan sekurang-kurangnya ucapan terima kasih pun dah cukup . Bukan susah kan? :) . Penat tau pegang gitar kul 3 pagi kemudian melalak sensorang depan komputer sambil cari kod .. isk isk isk .. aku kantoi subjek exam pun pernah sebelum ni masa buat kod pada pagi tu, tetiba pulak terasa nak menulis .. :(

Insyaallah aku akan update lagi blog ni di masa hadapan memandangkan sekarang ni dah tahun akhir dan terbusy dengan subjek2 berat ..

Dan selamat mencuba kod-kod gitar walaupun dah lama tak update .. hehehe

Assalamualaikum

Friday, February 20, 2009

Syed Azmir - Padamkan Cerita Cintamu

Salam, bertemu kembali :). Hari ni setelah mencuba berkali-kali untuk menunaikan permintaan dari Lyn sekali lagi, akhirnya berjaya juga. Mula-mula dengar nampak macam senang, tapi ada part-part lagu ni yang perlukan daya fokus dan kesabaran yang tinggi untuk dapatkan nada yang sesuai. So, kalau ada salah dan silap .. minta maaf la ye. Ini pun dah berminggu-minggu tertangguh ni.. hehehe. Anyway, source lagu dari YouTube kali ni tak berapa jelas dan susah nak cari maklumat pasal penyanyi ni. So, enjoy the song .. hohoho !!!

Video: Credit To soulvictory At YouTube


Intro:

E B C#m A

E B
Kini ku rasa semua
C#m A
ketenangan yang hadir dijiwa
E B
dapat ku rasa segala
C#m A
bila akhirnya episod cinta


C#m G#m
Sedih yang berpanjangan
A E
kini tiada lagi
C#m G#m
awan hitam berlalu
A
hadir sinarnya
A E
kita lupakan cinta lalu


Korus :
B
Jangan kau rasa
A
aku tak mampu
E
lakukan semua
E
kerana engkau
B A
selalu berfikir aku tak mampu
E
hidup tanpamu woo

B A
kita padamkan ohoo ..
E
memori lalu ..
B A
aku akhirkan ohoo
A E
cerita cintaku


E B
kini ku jalani hidup
C#m A
sendirian tanpa kau disisi


C#m G#m
Tak perlu kau risaukan
A E
tak perlu ditangisi
C#m G#m
tak perlu difikirkan
A
cerita cinta
A E
kita lupakan cerita itu


B
Jangan kau rasa
A
aku tak mampu
E
lakukan semua
E
kerana engkau
B A
selalu berfikir aku tak mampu
E
hidup tanpamu
B A
kita padamkan ohoo ..
A
memori lalu ..


F#m C#m
tak mungkin kita akan bersama lagi kekasih
D
kerna diri ini tak mampu
E B A
harungi cintamu
E B A
cintamu ..

A E
kita lupakan cerita itu


B
Jangan kau rasa
A
aku tak mampu
E
lakukan semua
E
kerana engkau
B A
selalu berfikir aku tak mampu
E
hidup tanpamu


B A
kita padamkan ohoo ..
E
memori lalu .. eiiiii
B A
kita akhirkan ohoo
A E
cerita cintaku


Structured Code : Syed Azmir - Padamkan Cerita Cintamu